Friday, August 8, 2008

MEM"BUANG" UNDI DI PILIHANRAYA PERMATANG PAUH

Pilihanraya kat Permatang Pauh!! Memang satu perkara yang menarik perhatian ramai orang. Aku tak terkecuali, apatah lagi aku pulak mendaftar mengundi di kawasan parlimen berkenaan(PRU12).
Tapi yang lecehnya aku sekarang ni tinggal luar dari kawasan berkenaan dan sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab adalah menjadi kewajipan untuk aku turun mengundi Ogos ni. Duit minyak dari Sungai Petani ke Permatang Pauh akan aku “claim” kat Parti Keadilan sebab angkara bagi mengadakan pilihanraya berkenaan adalah berpunca dari percaturan politik mereka(bukan RM2.00 seliter tau!!tapi takrif semasa!!).
Aku-hanyalah seorang rakyat yang dambakan kepimpinan yang dapat memberi kesejahteraan rakyat dari sudut spiritual dan material. Oleh itu jalankan tanggungjawab anda sebagai pemimipin yang diberi(atau pun meminta, atau pun nak sangat-sangat )amanah oleh Allah bagi memakmurkan BumiNya dan bukan mengkucar-kacikannya dengan pelbagai inayah yang mengeliru dan juga memecahbelahkan masyarakat.
Apa-apa hal pun..nampaknya terpaksalah aku mem”BUANG’kan masa lagi untuk mem”BUANG’ undi bagi memilih calon pemimpin yang betul-betul nak berbakti dan yang paling utama adalah yang selalu ingat yang dia juga satu hari nanti akan MATI.

InsanDunaFana -“Last Warning” Pada mana-mana Ahli Politik..lepaih ni jangan dok
buat lagi-kalau tidak!!bukan setakat pakcik turun “memBUANG”
undi maloh akan pakcik “BUANG”ahli politik berkenaan kedalam
laut..”mangabehkan duit rakyat ajo”